PortalAMANAH.com -- Berikut wasiat terakhir junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW yang merupakan khutbahnya di Padang Arafah, sebagai pegangan kita dan bukti kecintaan kita kepada Baginda SAW.
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Baca Juga: Ikhlas Dalam Beramal, Ini Ciri-cirinya
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
Allah SWT telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu.
Baca Juga: Kuliah Dhuha - Kesulitan Kita
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, karena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Artikel Terkait
Ini 11 Golongan Manusia yang Dilihat Nabi Muhammad SAW Lihat saat Isra' Mi'raj. Kamu Salah Satunya?
7 Amalan Sunnah Jumat Sesuai Hadis Rasulullah SAW.
Rasulullah Pinta Hidup Miskin, Betulkah?
Tumbuhkan Cinta Anak Kepada Rasulullah