PortalAMANAH.com -- Dalam kita beramal, ikhlas merupakan rukun yang menjadi pra syarat amal seseorang diterima. Firman Allah:
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya (ikhlas) dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (Al-Bayyinah 5).
Ciri-ciri Ikhlas:
1. Sentiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, sama ada ketika bersendirian ataupun bersama orang ramai, baik ada pujian ataupun celaan.
Baca Juga: Kuliah Dhuha - Kesulitan Kita
Kata Saidina Ali bin Abi Thalib RA. : “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika bersendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin berghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”
2. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia lain atau jauh dari mereka.
Tsauban RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda;
لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا قَالَ ثَوْبَانُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لَا نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَا نَعْلَمُ قَالَ أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنْ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا
“Sungguh saya telah mengetahui bahwa ada suatu kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih. Kemudian Allah menjadikannya debu yang berterbangan.”
Baca Juga: Spirit Tahajud - Mengingat Kehidupan di Akhirat
Tsauban bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka dan jelaskanlah perihal mereka agar kami tidak menjadi seperti mereka tanpa disedari.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya mereka adalah saudara kalian dan dari golongan kalian, mereka shalat malam sebagaimana kalian, tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian mereka melanggar hal yang diharamkan Allah.” (HR. Ibnu Majah). Status Hadis Sahih
3. Seorang yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan dimiliki saudaranya, sebagaimana dia juga merasa senang jika dia memperolehinya. (tak dengki dan khianat)
4. Orang yang ikhlas akan sadar kelemahan dan kekurangannya. Oleh kerana itu dia sentiasa beramal dan memperbaiki amal bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri.
Perlu juga diingat bahawa ulama seperti Fudhail bin Iyadh memberikan batasan:
“Meninggalkan amal karena manusia itu riya, takut dilihat orang sehingga tidak mau beramal itu juga riya, sementara beramal karena manusia itu syirik, dan ikhlaslah yang menjadi penyebab terlepas dari keduanya.”(*)
Artikel Terkait
Spirit Tahajud - Mengamalkan Ajaran Ikhlas Beramal
Kuliah Dhuha - Sabar dan Ikhlas